Jumaat, 4 Oktober 2013

OTAK-OTAK IKAN TENGGIRI

bahan A

  • 500 gram isi ikan tenggiri

bahan B (dikisar) :

  • 15 tangkai lada kering
  • 12 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang puteh
  • 1/2" halia
  • 1/2" lengkuas
  • 1" kunyit (boleh gunakan kunyit serbuk)
  • 3 batang serai
  • 3 biji buah keras
  • air asam jawa (biasanya admin tambahkan air asam jawa ni semasa mengisar)

bahan C:

  • 2 sudu rempah kari
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar 
  • 1 sudu besar cili serbuk (pilihan untuk warna dan kepedasan)
  • 5 helai daun limau purut

bahan D:

  • 1/2 cawan santan pekat

bahan E:

  • 2 biji telur
  • 2.1/2 sudu besar tepung sagu 

cara2nya:

  1. panaskan minyak
  2. tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing
  3. masukkan rempah kari, ketumbar serbuk dan cili serbuk, gaul rata mask sehingga pecah minyak
  4. masukkan santan dan daun limau purut, 
  5. tambah garam dan gula secukupnya. 
  6. didihkan sehingga kuah pekat
  7. matikan api dan sejukkan 
  • apabila sambal sudah sejuk keluarkan daun limau purut
  • kemudian masukkan isi ikan yang telah dihancurkan, 2 biji telur dan juga tepung jagung gaul sebati

  • ambil daun pisang, letakkan 2 sudu pes otak-otak dan balut, kemudian stapler dihujungnya (macam membungkus lepat
  • panggang sekita 5-4 minit setiap bahagian 
  • sebahagian lagi boleh dikukus, disejukkan dan dipotong ikut saiz yang disukai. boleh disejuk beku dan digunakan untuk membuat popia otak2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan