Khamis, 3 Oktober 2013

ROTI JOHN MINI




Bahan-Bahan

  • 3 keping Roti John saiz kecil
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • daging cincang
  • daun kucai
  • 3 biji telur
  • serbuk kari
  • serbuk lada sulah
  • serbuk lada hitam
  • mayonis
  • sos cili
  • minyak
  • marjerin
  • garam

Cara-cara membuat :-

  1. tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk.
  2. setelah kekuningan masukkan serbuk kari dan daging cincang.
  3. tunggu hingga daging masak sebentar. masukkan bawang besar yang telah dihiris.
  4. setelah masak angkat dan masukkan ke dalam bekas dan diletakkan telur, daun kucai serbuk lada putih, lada hitam dan sedikit garam. gaul sebati.
  5. panaskan kuali leper bersama dengan sedikit marjerin. letakkan bancuhan tadi. masak sebentar.
  6. setelah itu letakkan roti yang telah dipotong dua. tapi jangan sampai putus.
  7. setelah masak bolehlah disapu dengan mayonis dan sos cili. selamat mencuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan