Khamis, 3 Oktober 2013

CHEESE CAKE KUKUS

Bahan2 untuk alas bawah (base)

  • 120g buttercup
  • biskut marie

Cara membuat base

  1. biskut marie dikisar (kuantiti biskut marie mengikut besar loyang..agak2 la)
  2. butercup yang telah dicairkan dicampur ke dalam biskut marie
  3. padatkan di dalam loyang
  4. diletakkan sebentar ke dalam peti sejuk

Bahan2 untuk cheese cake

  • 250g cream cheese
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 s/b jus lemon
  • sedikit parutan kulit lemon
  • 1 s/k esen vanilla
  • 3 s/b tepung kastard

Cara membuat kek cheese

  1. campurkan cream cheese bersama dengan gula. setelah gula hancur masukkan telur satu persatu
  2. setelah sebati masukkan susu cair,esen vanilla,tepung kastard,jus lemon dan parutan kulit lemon
  3. kacau hingga sebati. kemudian masukkan ke dalam loyang tadi
  4. tutup loyang dengan kertas aluminium
  5. kukus selama 1 jam. selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan