Sabtu, 5 Oktober 2013

KULIT POPIA BASAH

bahan2 nya

  • Tepung gandum 1 kilogram
  • Telur ayam saiz sederhana 5 biji (putih sahaja)
  • Cuka 3 camca besar 
  • Air 1 1/2 cawan
  • Garam secubit atau secukup rasa

Cara-cara :

  1. Asingkan putih telur dan kuningnya.
  2. Campurkan garam ke dalam tepung 
  3. masukkan putih telur dalam adunan  tepung dan gaul sebati.
  4. Masukkan cuka ke dalam adunan dan satu setengah cawan air dan pukul bater untuk beberapa minit sehingga kelihatan bater sempurna tergaul.
  5. Biarkan untuk sekurang-kurang setengah jam tertutup dan dalam suhu bilik.
  6. Panaskan kuali dan letakkan minyak sedikit yang disapu mengguna tuala bersih. Curahkan bater cair dan bentuk bulat menggunakan senduk. Biarkan bahagian tepi meleding dan angkat kepingan kulit popia tersebut.
*BATER=ADUNAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan