Jumaat, 4 Oktober 2013

NASI DAGANG & GULAI IKAN TONGKOL & ACAR TIMUN

Gambar: NASI DAGANG

Bahan A :
1 cawan beras wangi
1 sudu makan halba
3 cawan santan (1 biji kelapa)
1 sudu makan gula
garam secukup rasa

Bahan B :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia


Caranya :

Basuh beras kemudian toskan.
Masukkan bahan yang dihiris dan semua Bahan A ke dalam periuk non-stick dan kacaukan di atas dapur sehingga santan sebati dengan beras.
Masukkan beras dan santan yang sudah sebati ke dalam kukusan berlubang.
Kukuskan sehingga naik wap selama 30 minit.
Hidangkan dengan gulai ikan tongkol dan acar timun.

GULAI IKAN TONGKOL


Bahan-Bahan :
1 ekor ikan aya@tongkol
3 keping asam keping
sedikit garam
air secukupnya

Bersihkan ikan aya dan potong.
Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
Air hendaklah melebihi paras ikan.
Masak dengan api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan Untuk Kuah :
4 sudu besar cili mesin
7 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1 inci kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang 
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa
sedikit belacan ~ optional
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 - 9 biji cili padi
minyak

Bahan Penumis:
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang


Caranya :
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan-bahan yang diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yang dah dimasak tadi.
Renih lagi kuah hingga kepekatan yang disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.

** ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam-masam tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah ditambah dalam gulai ni....nanti rasa gulai lagi sedap.

ACAR TIMUN

Bahan-Bahan :
timun
carrot
bawang merah
cili merah
cuka, gula & garam secukup rasa
sedikit perahan limau kasturi (optional)

Semua bahan sayuran termasuk cili dan bawang dihiris memanjang.
Rendam sekejap hirisan timun dan carrot dalam air kapur. Toskan.
Satukan sayuran, cili, bawang dalam sebuah bekas. Curahkan cuka dan perasakan dengan gula dan garam sesedap rasa. Jika suka boleh tambah dengan sedikit perahan limau kasturi. Gaul sebati. 
Biarkan ia mesra seketika sebelum sedia untuk dimakan.

NASI DAGANG


bahan2 A

  • 1 cawan beras wangi
  • 1 sudu makan halba
  • 3 cawan santan (1 biji kelapa)
  • 1 sudu makan gula
  • garam secukup rasa

Bahan B :

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Caranya :

  1. Basuh beras kemudian toskan.
  2. Masukkan bahan yang dihiris dan semua Bahan A ke dalam periuk non-stick dan kacaukan di atas dapur sehingga santan sebati dengan beras.
  3. Masukkan beras dan santan yang sudah sebati ke dalam kukusan berlubang.
  4. Kukuskan sehingga naik wap selama 30 minit.
  5. Hidangkan dengan gulai ikan tongkol dan acar timun.

GULAI IKAN TONGKOL

Bahan-Bahan :

  • 1 ekor ikan aya@tongkol
  • 3 keping asam keping
  • sedikit garam
  • air secukupnya

REBUSKAN IKAN TERLEBIH DAHULU
  • Bersihkan ikan aya dan potong.
  • Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
  • Air hendaklah melebihi paras ikan.
  • Masak dengan api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
  • Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan Untuk Kuah :

  • 4 sudu besar cili mesin
  • 7 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 inci kunyit hidup * ( * diblend )
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang 
  • 2/3 cawan santan fresh/pekat
  • 4 cawan air
  • air asam jawa
  • sedikit belacan ~ optional/ tak letak pon x pe
  • nisan/gula melaka
  • garam
  • sedikit gula
  • 7 - 9 biji cili padi
  • minyak

Bahan Penumis:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang

Caranya :

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
  2. Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
  3. Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan-bahan yang diblend.
  4. Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
  5. Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
  6. Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
  7. Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
  8. Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
  9. Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yang dah dimasak tadi.
  10. Renih lagi kuah hingga kepekatan yang disukai.
  11. Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
  12. Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.

** ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam-masam tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah ditambah dalam gulai ni....nanti rasa gulai lagi sedap.



ACAR TIMUN

Bahan-Bahan :

  • timun
  • carrot
  • bawang merah
  • cili merah
  • cuka, gula & garam secukup rasa

cara nya :

  1. Semua bahan sayuran termasuk cili dan bawang dihiris memanjang.
  2. Rendam sekejap hirisan timun dan carrot dalam air kapur. Toskan.
  3. Satukan sayuran, cili, bawang dalam sebuah bekas. Curahkan cuka dan perasakan dengan gula dan garam sesedap rasa. Jika suka boleh tambah dengan sedikit perahan limau kasturi. Gaul sebati. 
  4. Biarkan ia mesra seketika sebelum sedia untuk dimakan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan