Isnin, 7 Oktober 2013

PUDING ROTI KARAMEL






bahan2 nya :-

  • 110gm gula pasir
  • 5 biji telur
  • 300gm susu pekat
  • 600gm@1 tin susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 10 keping roti (saya pakai roti gardenia je)
  • 4 sudu air (ckit je utk cairkn gula)
  • Secubit garam

cara2 nya :-

Ambik 3sudu gula bsama air td dan letak dlm loyang n goyang2 atas api sehingga gula menjadi keperang perangan. Kemudian biarkan sejuk.
Campurkan semua bahan2 yg lain dan blender hingga hancur.
Masukkan bahan blender td ke dalam loyang yg sudah sejuk td n kukus sehingga 30min (sambil2 cucuk dgn garpu dan bila tidak lekat maknanya dh masak).
Siapp..Sejukkan dlm peti sejuk utk rasa yg lebih sedap..

AYAM MASAK KICAP TUALANG INDAH





bahan2 nya :-

  • setengah ekor ayam - di potong kecil
  • 3sudu besar cili mesin
  • serbuk kunyit
  • sebiji bawang besar - di potong bulat2
  • 2biji bawang merah - di hiris halus
  • 3ulas bawang putih - di ketuk 
  • seinci halia - di ketuk
  • serai - di titik
  • kicap manis
  • air asam jawa
  • garam 
  • gula

bahan2 hiasan :-

  • kacang panjang - di potong
  • cili besar - di potong
  • tomato - di potong 4

cara2 nya :-

  1. ayam di potong, gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit
  2. gorengkan ayam setengah masak
  3. tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau
  4. masukkan cili mesin, tumis sehingga pecah minyak,
  5. kemudian masukkan kicap, air asam jawa, garam, gula, 
  6. masukkan ayam yg telah di goreng, kacau sebati
  7. boleh la di masukkan kacang, cili besar dan last sekali tomato. tambahkan air kalau ingin kan kuah lebih..
  8. siap boleh di hidang bersama nasi panas..

GULAI PATIN MASAK TEMPOYAK TURUN TEMURUN





bahan2 nya :-

  • ikan patin 
  • tempoyak
  • daun kesum
  • kunyit hidup
  • cili api
  • asam keping

cara2 nya :-

  1. tumbuk kunyit hidup, cili api smpai lumat..
  2. gaul dgn tmpoyak...
  3. rebus air bersama bahan yg dtmbuk...
  4. masak hingga mendidih..
  5. kemudian masukkan ikan,daun kesum, asam kping dan garam seckup rse...
  6. dah siap...sdap di mkn ktika pnas...
#sukatan bahan atas selera masing2

Sabtu, 5 Oktober 2013

LASAGNA AYAM (Chicken Lasagna)

Gambar: Chicken Lasagna

Ingredients

10 sheets of lasagna pasta

For the sauce
400 grams of minced chicken
2 large onions diced
2 garlic sliced
3 cups homemade tomato sauce
1 teaspoon herb mixture
1 teaspoon powdered spice mix
Pinch of coarsely blended black pepper
Salt
Olive oil

For coating
50 grams of butter
3 tablespoons all-purpose flour
4 tablespoons of fresh milk

For sprinkling
100 grams mozzarella cheese
3 tablespoons parmesan cheese powder
3 sprigs basil finely cut

Methods

1.      Preheat oven at 180 degrees Celsius.
2.      Heat the olive oil. Sauté onion, garlic and chicken until chicken turn dry.
3.      Put in tomato sauce and stir.
4.      Sprinkle mixed herbs, mixed spices and salt. Stir until well blended.  Put aside.
5.      In another pan, melt butter and add all-purpose flour and stir until it becomes lumpy.  Add fresh milk and continue to stir. Set aside.
6.      In square container dab of butter and fill 1/3 of the mixture tomato sauce and chicken. Arrange the pasta sheets to cover the whole area of the mixture.
7.      On top of lasagna pasta sheets placed 1/3 more tomato sauce and chicken mixture, then coated with the coating material and sprinkled with mozzarella and parmesan.
8.      Repeat the above steps until the entire cover third layer.
9.      Wrap the container with aluminum sheets which will soften the pasta lasagna sheets with its steam. Put into the oven for 15 to 20 minutes.
10.  Remove the container from oven and unwrap the aluminum sheet, add mozzarella and parmesan cheese, and put them back into the oven, uncovered for another 15 minutes.
11.  Once the cheese melt, ready  to serve.


Lasagna Ayam

Bahan-bahan

10 kepingan pasta lasagna

Untuk sos
400 grams daging ayam kisar
2 bawang besar dipotong dadu
2 bawang putih dimayang
3 cawan sos tomato buatan sendiri
1 sudu teh, herba campuran
1 sudu teh, serbuk campuran rempah
Secubit serbuk kasar lada hitam
Garam
Minyak zaiton

Untuk lapisan
50 grams mentega
3 sudu besar tepung serbaguna
4 sudu besar susu segar

Untuk tabur
1Ketepikan00 grams keju mozzarella
3 sudu besar serbuk keju parmesan
3 tangkai daun selasih dipotong kecil


Langkah-langkah

1.      Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius.
2.      Panaskan minyak zaiton.  Tumiskan bawang besar, bawang putih dan daging ayam sehingga daging ayam menjadi kering.
3.      Masukkan sos tomato dan kacau. 
4.      Masukkan herba campuran dan rempah campuran serta garam.  Kacau sehingga sebati.  Ketepikan
5.      Dalam bekas yang lain, cairkan metega dan masukkan tepung serbaguna kacau sehingga menjadi bergentel dan masukkan susu cair dan terus mengacau.  Ketepikan.
6.      Dalam bekas empat persegi sapukan mentega pada bahagian dasar dalam dan masukkan 1/3 daripada campuran sos dan daging ayam.  Susun kepingan pasta menutupi keseluruhan bekas.
7.      Di atas kepingan pasta lasagna diletakkan 1/3 lagi campuran sos dan daging ayam, kemudian dilapiskan dengan bahan lapisan dan ditabur dengan mozzarella dan parmesan.
8.      Ulang langkah di atas sehingga menutupi keseluruhan untuk lapisan ketiga.
9.      Tutup pada bahagian atas bekas dengan kepingan aluminum agar wap akan melembutkan kepingan pasta lasagna.  Masukkan kedalam ketuhar selama 15 – 20 minit.
10.  Keluarkan bekas dan buka kepingan aluminum, tambah keju mozarella dan parmesan, dan masukkan semula ke dalam ketuhar tanpa ditutup dengan aluminum selama 15 minit.
11.  Keluarkan untuk dihidang.


Bahan-bahan

  • 10 kepingan pasta lasagna

Untuk sos

  • 400 grams daging ayam kisar
  • 2 bawang besar dipotong dadu
  • 2 bawang putih dimayang
  • 3 cawan sos tomato buatan sendiri
  • 1 sudu teh, herba campuran
  • 1 sudu teh, serbuk campuran rempah
  • Secubit serbuk kasar lada hitam
  • Garam
  • Minyak zaiton

Untuk lapisan

  • 50 grams mentega
  • 3 sudu besar tepung serbaguna
  • 4 sudu besar susu segar

Untuk tabur

  • 100 grams keju mozzarella
  • 3 sudu besar serbuk keju parmesan
  • 3 tangkai daun selasih dipotong kecil

Langkah-langkah

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius.
  2. Panaskan minyak zaiton. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan daging ayam sehingga daging ayam menjadi kering.
  3. Masukkan sos tomato dan kacau. 
  4. Masukkan herba campuran dan rempah campuran serta garam. Kacau sehingga sebati. Ketepikan
  5. Dalam bekas yang lain, cairkan metega dan masukkan tepung serbaguna kacau sehingga menjadi bergentel dan masukkan susu cair dan terus mengacau. Ketepikan.
  6. Dalam bekas empat persegi sapukan mentega pada bahagian dasar dalam dan masukkan 1/3 daripada campuran sos dan daging ayam. Susun kepingan pasta menutupi keseluruhan bekas.
  7. Di atas kepingan pasta lasagna diletakkan 1/3 lagi campuran sos dan daging ayam, kemudian dilapiskan dengan bahan lapisan dan ditabur dengan mozzarella dan parmesan.
  8. Ulang langkah di atas sehingga menutupi keseluruhan untuk lapisan ketiga. 
  9. Tutup pada bahagian atas bekas dengan kepingan aluminum agar wap akan melembutkan kepingan pasta lasagna. Masukkan kedalam ketuhar selama 15 – 20 minit.
  10. Keluarkan bekas dan buka kepingan aluminum, tambah keju mozarella dan parmesan, dan masukkan semula ke dalam ketuhar tanpa ditutup dengan aluminum selama 15 minit.
  11. Keluarkan untuk dihidang.

BERGEDIL AYAM

Gambar: RE-POST 

BERGEDIL AYAM

Bahan2nya
•1)kentang
2)bawang goreng
3)daun sup
4) ayam cincang/daging hancur/udang/sotong
5)garam secukup rasa 6)black paper/lada sulah

•Cara2 Membuat
•kentang digoreng berapa biji nak buat. dlm 6-7 biji pun ok. agak2 je la
•lepas goreng tumbuk bagi lumat
•lepas tumbuk tu letak dalam bekas
•then masukkan bawang goreng, lada sulah@black pepper,garam secukup rasa, daun sup (hiris halus2) & ayam cincang@daging cincang@udang@sotong
•lepas tu gaul lah semua bahan tu dengan tangan
•kalau xnak guna ayam cincang bleh guna daging cincang, udang atau sotong
•lepas dah sebati - gentel lah bulat2..lepas tu leperkan...then salut ngan telur sikit..lepas tu goring.



Bahan2nya :-

  • kentang
  • bawang goreng
  • daun sup
  • ayam cincang/daging hancur/udang/sotong
  • garam secukup rasa 6)black paper/lada sulah

Cara2 Membuat:-

  1. kentang digoreng berapa biji nak buat. dlm 6-7 biji pun ok. agak2 je la
  2. lepas goreng tumbuk bagi lumat
  3. lepas tumbuk tu letak dalam bekas
  4. kemudian masukkan bawang goreng, lada sulah@black pepper,garam secukup rasa, daun sup (hiris halus2) & ayam cincang@daging cincang@udang@sotong
  5. lepas tu gaul lah semua bahan tu dengan tangan
  6. kalau xnak guna ayam cincang bleh guna daging cincang, udang atau sotong
  7. lepas dah sebati - gentel lah bulat2..lepas tu leperkan...kemudian salut ngan telur sikit..lepas tu goreng.

KULIT POPIA BASAH

bahan2 nya

  • Tepung gandum 1 kilogram
  • Telur ayam saiz sederhana 5 biji (putih sahaja)
  • Cuka 3 camca besar 
  • Air 1 1/2 cawan
  • Garam secubit atau secukup rasa

Cara-cara :

  1. Asingkan putih telur dan kuningnya.
  2. Campurkan garam ke dalam tepung 
  3. masukkan putih telur dalam adunan  tepung dan gaul sebati.
  4. Masukkan cuka ke dalam adunan dan satu setengah cawan air dan pukul bater untuk beberapa minit sehingga kelihatan bater sempurna tergaul.
  5. Biarkan untuk sekurang-kurang setengah jam tertutup dan dalam suhu bilik.
  6. Panaskan kuali dan letakkan minyak sedikit yang disapu mengguna tuala bersih. Curahkan bater cair dan bentuk bulat menggunakan senduk. Biarkan bahagian tepi meleding dan angkat kepingan kulit popia tersebut.
*BATER=ADUNAN

Jumaat, 4 Oktober 2013

KEK SARANG SEMUT SIMPLE DAN SEDAP (TAK PERLU PERAM)

Ada Resepi Jom Kongsi's photo.

bahan2

A = 1 cwn gula pasir + 1 cwn air (jadikan gula hangus)

B = 1cwn butter + 1 cwn susu pekat + 1 sudu kecil vanilla (putar sampai lembut)

C = 1 cwn tepung gandum + 2 sudu kecil soda bikarbonate (ayak)

D = 5 bj telur A (pukul kembang)

CARA-CARANYA

  1. pukul telur - kembang & gebu - masuk C - kacau rata
  2. masuk B + A - kacau rata
  3. bakar 180'C...api bawah...45 min @ sampai masak
cubalah. Terbaikkkk!!!!.......

#***** - cara membuat gula hangus:- Hanguskan gula bila dah perang tambah air panas masak lagi spai likat sikit.kalau tak tambah air dia jadi hangus dan pahit.kalau air sejuk gula jd keras lama pulak nak cair balik

NASI DAGANG & GULAI IKAN TONGKOL & ACAR TIMUN

Gambar: NASI DAGANG

Bahan A :
1 cawan beras wangi
1 sudu makan halba
3 cawan santan (1 biji kelapa)
1 sudu makan gula
garam secukup rasa

Bahan B :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia


Caranya :

Basuh beras kemudian toskan.
Masukkan bahan yang dihiris dan semua Bahan A ke dalam periuk non-stick dan kacaukan di atas dapur sehingga santan sebati dengan beras.
Masukkan beras dan santan yang sudah sebati ke dalam kukusan berlubang.
Kukuskan sehingga naik wap selama 30 minit.
Hidangkan dengan gulai ikan tongkol dan acar timun.

GULAI IKAN TONGKOL


Bahan-Bahan :
1 ekor ikan aya@tongkol
3 keping asam keping
sedikit garam
air secukupnya

Bersihkan ikan aya dan potong.
Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
Air hendaklah melebihi paras ikan.
Masak dengan api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan Untuk Kuah :
4 sudu besar cili mesin
7 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1 inci kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang 
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa
sedikit belacan ~ optional
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 - 9 biji cili padi
minyak

Bahan Penumis:
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang


Caranya :
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan-bahan yang diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yang dah dimasak tadi.
Renih lagi kuah hingga kepekatan yang disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.

** ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam-masam tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah ditambah dalam gulai ni....nanti rasa gulai lagi sedap.

ACAR TIMUN

Bahan-Bahan :
timun
carrot
bawang merah
cili merah
cuka, gula & garam secukup rasa
sedikit perahan limau kasturi (optional)

Semua bahan sayuran termasuk cili dan bawang dihiris memanjang.
Rendam sekejap hirisan timun dan carrot dalam air kapur. Toskan.
Satukan sayuran, cili, bawang dalam sebuah bekas. Curahkan cuka dan perasakan dengan gula dan garam sesedap rasa. Jika suka boleh tambah dengan sedikit perahan limau kasturi. Gaul sebati. 
Biarkan ia mesra seketika sebelum sedia untuk dimakan.

NASI DAGANG


bahan2 A

  • 1 cawan beras wangi
  • 1 sudu makan halba
  • 3 cawan santan (1 biji kelapa)
  • 1 sudu makan gula
  • garam secukup rasa

Bahan B :

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Caranya :

  1. Basuh beras kemudian toskan.
  2. Masukkan bahan yang dihiris dan semua Bahan A ke dalam periuk non-stick dan kacaukan di atas dapur sehingga santan sebati dengan beras.
  3. Masukkan beras dan santan yang sudah sebati ke dalam kukusan berlubang.
  4. Kukuskan sehingga naik wap selama 30 minit.
  5. Hidangkan dengan gulai ikan tongkol dan acar timun.

GULAI IKAN TONGKOL

Bahan-Bahan :

  • 1 ekor ikan aya@tongkol
  • 3 keping asam keping
  • sedikit garam
  • air secukupnya

REBUSKAN IKAN TERLEBIH DAHULU
  • Bersihkan ikan aya dan potong.
  • Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
  • Air hendaklah melebihi paras ikan.
  • Masak dengan api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
  • Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan Untuk Kuah :

  • 4 sudu besar cili mesin
  • 7 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 inci kunyit hidup * ( * diblend )
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang 
  • 2/3 cawan santan fresh/pekat
  • 4 cawan air
  • air asam jawa
  • sedikit belacan ~ optional/ tak letak pon x pe
  • nisan/gula melaka
  • garam
  • sedikit gula
  • 7 - 9 biji cili padi
  • minyak

Bahan Penumis:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang

Caranya :

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
  2. Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
  3. Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan-bahan yang diblend.
  4. Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
  5. Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
  6. Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
  7. Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
  8. Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
  9. Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yang dah dimasak tadi.
  10. Renih lagi kuah hingga kepekatan yang disukai.
  11. Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
  12. Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.

** ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam-masam tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah ditambah dalam gulai ni....nanti rasa gulai lagi sedap.



ACAR TIMUN

Bahan-Bahan :

  • timun
  • carrot
  • bawang merah
  • cili merah
  • cuka, gula & garam secukup rasa

cara nya :

  1. Semua bahan sayuran termasuk cili dan bawang dihiris memanjang.
  2. Rendam sekejap hirisan timun dan carrot dalam air kapur. Toskan.
  3. Satukan sayuran, cili, bawang dalam sebuah bekas. Curahkan cuka dan perasakan dengan gula dan garam sesedap rasa. Jika suka boleh tambah dengan sedikit perahan limau kasturi. Gaul sebati. 
  4. Biarkan ia mesra seketika sebelum sedia untuk dimakan.


OTAK-OTAK IKAN TENGGIRI

bahan A

  • 500 gram isi ikan tenggiri

bahan B (dikisar) :

  • 15 tangkai lada kering
  • 12 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang puteh
  • 1/2" halia
  • 1/2" lengkuas
  • 1" kunyit (boleh gunakan kunyit serbuk)
  • 3 batang serai
  • 3 biji buah keras
  • air asam jawa (biasanya admin tambahkan air asam jawa ni semasa mengisar)

bahan C:

  • 2 sudu rempah kari
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar 
  • 1 sudu besar cili serbuk (pilihan untuk warna dan kepedasan)
  • 5 helai daun limau purut

bahan D:

  • 1/2 cawan santan pekat

bahan E:

  • 2 biji telur
  • 2.1/2 sudu besar tepung sagu 

cara2nya:

  1. panaskan minyak
  2. tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing
  3. masukkan rempah kari, ketumbar serbuk dan cili serbuk, gaul rata mask sehingga pecah minyak
  4. masukkan santan dan daun limau purut, 
  5. tambah garam dan gula secukupnya. 
  6. didihkan sehingga kuah pekat
  7. matikan api dan sejukkan 
  • apabila sambal sudah sejuk keluarkan daun limau purut
  • kemudian masukkan isi ikan yang telah dihancurkan, 2 biji telur dan juga tepung jagung gaul sebati

  • ambil daun pisang, letakkan 2 sudu pes otak-otak dan balut, kemudian stapler dihujungnya (macam membungkus lepat
  • panggang sekita 5-4 minit setiap bahagian 
  • sebahagian lagi boleh dikukus, disejukkan dan dipotong ikut saiz yang disukai. boleh disejuk beku dan digunakan untuk membuat popia otak2

PUDING KOKTEL

bahan-bahan

  • 1/4 cawan tepung kastad
  • 1/2 cawan gula (saya guna 1/4 jer)
  • 1 cawan susu cair (santan pun boleh)
  • 1 cawan air
  • Buah-buahan koktel

Cara membuatnya:

1. Bancuhkan tepung kastad, santan dan gula di dalam periuk. Kacau sebati menggunakan whisk dan masak di atas api sederhana hingga pekat dan berkilat. (Sentiasa dikacau).

2. Tutupkan api. Letakkan di dalam acuan kesukaan dan sejukkan. Bila sudah keras baru letakkan buah-buahan koktel. Sedia di hidangkan.

APAM PURI/ SUA/ TOKYO




bahan2 (kulit apam)

  • 2 CWNTEPUNG GANDUM
  • 1 BIJI TELUR
  • 1 PEKET YIS
  • 4 CWN GULA
  • 2 CWN AIR
  • GARAM SKIT
  • PEWARNA KUNING
*SEMUA BAHAN DI BLENDER DAN DI PERAP SELAMA 5MINIT DALAM SUHU BILIK

Bahan2 (inti)

  • 1 CWN TEPUNG GANDUM
  • 2 CAMB TEPUNG KASTAD
  • 1 CWN GULA
  • 3 CWN AIR
  • WARNA KUNING/HIJAU
  *KACAU ATAS API SAMPAI LIKAT

Cara masak

  1. panaskan kuali leper, sapu kan sedikit miyak atau mentega.
  2. Tuang adunan tu mcm kite wat pancake..tp jgn terbalikkan..
  3. masak smpai permukaannyer kering, angkat, pastu letak inti macam kuih karipap..cuma kita x kelim je..cuma tekan2 tepinye sahaje bg melekat
  4. siap dan boleh di hidang.



Khamis, 3 Oktober 2013

SOSEJ TELUR BERSAYUR

Gambar: SosejTelur Bersayur

Bahan-Bahan ( hidangan untuk 2-3 orang)

1. 1 ketul sosej
2.3 biji telur
3. Suku biji bawang india ( bagi yang x suka bawang xyah letak sebab kekadang bwg ni bagi rasa yang kurang best)
4. Sedikit cili (pakai bell pepper baru best)
5.Sayur ( ikut suka nak letak apa cthnya kubis,carrot or apa yang dikehendaki)
6.1 Sudu Mentega
7..Sedikit lada hitam & garam untuk perasa
semua bahan kat atas ini adalah perlu dicincang sesedap rasa kecuali telur
 
Cara-Cara Memasak Menu Sarapan Pagi ni…
1. Cincang sosej, bawang, cili & sayur

2. Pecahkan telur, masukkan sedikit butter dlm telur, garam & lada hitam  & pukul guna garfu

3.Panaskan kuali, masukkan sedikit butter & masukkan semua bahan-bahan cincang & masak seketika, tak perlu lama sangat nanti abis layu semua bahan.

4. Kemudian Masukkan telur dan kacau cepat2 jangan sampai telur terlalu kering & tutupkan api.

Boleh dimakan begitu sahaja or makan dengan roti….


Bahan-Bahan ( hidangan untuk 2-3 orang)

  • 1 ketul sosej
  • 3 biji telur
  • Suku biji bawang india ( bagi yang tidak suka bawang tak payah letak sebab kekadang bwg ni bagi rasa yang kurang best)
  • Sedikit cili (pakai bell pepper baru best)
  • Sayur ( ikut suka nak letak apa cthnya kubis,carrot or apa yang dikehendaki)
  • 1 Sudu Mentega
  • Sedikit lada hitam & garam untuk perasa semua bahan kat atas ini adalah perlu dicincang sesedap rasa kecuali telur
Cara-Cara Memasak
  1. Cincang sosej, bawang, cili & sayur
  2. Pecahkan telur, masukkan sedikit butter dlm telur, garam & lada hitam & pukul guna garfu
  3. Panaskan kuali, masukkan sedikit butter & masukkan semua bahan-bahan cincang & masak seketika, tak perlu lama sangat nanti abis layu semua bahan.
  4. Kemudian Masukkan telur dan kacau cepat2 jangan sampai telur terlalu kering & tutupkan api.
  5. Boleh dimakan begitu sahaja or makan dengan roti….
     

ROTI JOHN MINI




Bahan-Bahan

  • 3 keping Roti John saiz kecil
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • daging cincang
  • daun kucai
  • 3 biji telur
  • serbuk kari
  • serbuk lada sulah
  • serbuk lada hitam
  • mayonis
  • sos cili
  • minyak
  • marjerin
  • garam

Cara-cara membuat :-

  1. tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk.
  2. setelah kekuningan masukkan serbuk kari dan daging cincang.
  3. tunggu hingga daging masak sebentar. masukkan bawang besar yang telah dihiris.
  4. setelah masak angkat dan masukkan ke dalam bekas dan diletakkan telur, daun kucai serbuk lada putih, lada hitam dan sedikit garam. gaul sebati.
  5. panaskan kuali leper bersama dengan sedikit marjerin. letakkan bancuhan tadi. masak sebentar.
  6. setelah itu letakkan roti yang telah dipotong dua. tapi jangan sampai putus.
  7. setelah masak bolehlah disapu dengan mayonis dan sos cili. selamat mencuba..

CHEESE CAKE KUKUS

Bahan2 untuk alas bawah (base)

  • 120g buttercup
  • biskut marie

Cara membuat base

  1. biskut marie dikisar (kuantiti biskut marie mengikut besar loyang..agak2 la)
  2. butercup yang telah dicairkan dicampur ke dalam biskut marie
  3. padatkan di dalam loyang
  4. diletakkan sebentar ke dalam peti sejuk

Bahan2 untuk cheese cake

  • 250g cream cheese
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 s/b jus lemon
  • sedikit parutan kulit lemon
  • 1 s/k esen vanilla
  • 3 s/b tepung kastard

Cara membuat kek cheese

  1. campurkan cream cheese bersama dengan gula. setelah gula hancur masukkan telur satu persatu
  2. setelah sebati masukkan susu cair,esen vanilla,tepung kastard,jus lemon dan parutan kulit lemon
  3. kacau hingga sebati. kemudian masukkan ke dalam loyang tadi
  4. tutup loyang dengan kertas aluminium
  5. kukus selama 1 jam. selamat mencuba

KEK COKLET MOIST KUKUS


  • BAHAN A
  • 1/2 cwn serbuk koko 
  • 1/2 cwn serbuk milo
  • 1 cwn gula castor
  • 1 cwn susu cair
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 250g buttercup
  • BAHAN B
  • 3 biji telur+ ovelate+essence vanilla
  • 1 cwn tepung gandum (sy tmbah 1 senduk lagi)
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder 

  • TOPPING 
  • 2 SB serbuk koko/chocolate bar masakan, 3 SB susu pekat manis, 5 SB susu cair, 1 sudu teh vanilla essence, 3 SB buttercup,  

  • CARA-CARA

  1. campurkan semua bahan A, kacau hingga sebati dan panaskan dengan api sederhana hingga semua bahan cair.. sejukkan seketika.
  2. Pukul telur+ ovelate+essence vanilla tadi.kemudian masukkan bahan A.kacau hingga sebati.
  3. Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan campurkan dalam bancuhan telur dan bahan A.
  4. griskan loyang, tuang dlm loyang. kukus 1 jam dengan api sederhana. 

  •  TOPPING
  1. Masukkan kesemua bahan topping kedalam periuk dan didihka.
  2. Bila mendidih, kacau hingga likat, angkat dan siram atas kek yang sudah masak. hias ikut kreativiti masing2
  3. sebelum makan simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam lagi sedap....  

PERMULAAN PERTAMA....

assalammualaikum....... alohaaaaaa.... (0_^)


hye semua.......


meh-meh kite pakat berkongsi resepi masakan kat cni.....
huhuhu macam-macam resepi yg akan menyusul di sini...
jangan kedekut ilmu t x berkat.... hihihi x salah law berkongsi ilmu ni..
boleh same2 pandai kn...