Isnin, 26 Mei 2014

KEK BATIK SENANG DAN MUDAH


Bahan-bahan
1- Biskut Marie 1 pek (250g) patah2 kan
2- 250g butter (suhu bilik)
3- 2 cawan milo
4- 2 SB serbuk koko
5- 1 tin susu pekat (saya guna 1/2 tin je )

cara-cara


1- cair kan butter atas kuali, masuk kan susu. Kacau sampai sebati.
2- masuk kan milo dan serbuk koko. Kacau sampai adunan coklat td keluar bubble (blup blup). Hahaha
3- masuk kan biskut Marie. Tutup api, gaul biskut sampai coklat menyelaputi semua bahagian biskut.
4- lapik loyang dgn aluminium foil ( senang nk keluar kan dr loyang nnt)
5- tekan-tekan sampai biskut td mampat, kalau rase nk lg sedap tabur milo kat atas adunan td. lepas tu terus masuk kan dlm peti ais.
Selamat mencuba... Yeaaaa!!

RESEPI CHEESE CAKE LELEH





Bahan-bahan
Kek:
100g tepung gandum*
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75g mentega cair
#boleh tambah coklat powder untuk perisa kek coklat

Cara membuat kek:
Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
campurkan ke semua bahan di atas kecuali mentega cair. 
Pukul sampai gebu baru masukkan
mentega cair.Sebatikan.
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.
atau kukus selama 45mnit

Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*campurkan semua bahan di atas hingga sebati,adunan ini memang cair

Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese
di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek.
#siap... simpan didalam peti sejuk selama 4jam, lebih enak dimakan ketika sejuk.... SELAMAT MENCUBA... :)

Ahad, 25 Mei 2014

kek pisang blended Gebu.....


Bahan-bahan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh sodabikabonat
  • 3 biji telur
  • 4 biji pisang berangan or 11 biji pisang emas (terserah nk lebih pon blh)
cara-cara
-masukkan semua bahan ke dalam blender
-balik dan gaul kan supaya rata
-masuk kan dalam paper cup..
-kukus 10-15 minit..

SELAMAT MENCUBA... HUHU :)


Selasa, 20 Mei 2014

PUDING SUMI


Bahan-bahan:-
  • 20g agar2 tali 
  • 1cwn gula
  • 1tin susu cair
  • 1pkt sumi
  • 750Ml air
  • 2sdb tpg kastad...bncuh ngn sdkit air
  • Wana n prisa d sukai....sy x isi pn prisa
Cara-cara:-
  • Masak agar2 sampai hancur...
  • masukkan gula...bila dh larut....masukkan susu bila mendidih ...plahankn api
  • Ambil 2cwn agar2 td..
  • masukkan pwana.
  • ketepikn, Baki yg ada masukkan masukkan bncuhan tpg kastad..kcau spai sebati. ..
  • Ambil sbhgian agar td tapis dlm loyang. ..bukan pe selalunya agar2 tali payah sikit nk larut..sejukkn bwh kipas.
  • bila agk beku cakarkn pmukaan agar2 td ngan garfu....cakar sikit je atas 2
  • Masukkan agar2 yg wana pink @ wana kesukaan..susun sumi.sejukkan hgga agk beku...cakar sikit...kemudian tuang baki larutan td .sejukkn dlm peti...


Ahad, 18 Mei 2014

Walnut Brownies Chocolate Cheese Cake


Bahan-bahan:

250g butter
3 biji telur
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula castor
1 1/2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonate
1 sudu kecil esen vanilla
Kacang walnut yang dipanggang dan dicincang
* Sukatan guna cawan teh

Topping:

250 gm cream cheese
1/2 cawan gula castor
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:

1. Cairkan butter sampai cair, .bila dah cair tu campurkan serbuk koko tadi pastu kacau rata. Pukul telur dan gula kasi sebati, nak pakai mixer boleh nak handwisk pun boleh.

2. Dah siap masukkan susu cair, esen vanilla, gaul lagi pastu baru masukkan tepung dan soda bikarbonate. kalau rajin ayaklah

3. Untuk adunan dah siap! Panaskan oven 170C. Masukkan adunan tadi dalam loyang petak, taburkan segala jenis kacang yang ada. lapiskan dengan kertas minyak nanti senang nak keluarkan kek. Masak, lebih kurang 20 minit pastu nanti keluarkan balik.

4. Yang ini untuk topping atas pulak. Masukkan cream cheese pukul guna pemutar, dah kembang masukkan gula dan telur tadi tambah esen vanilla sikit.

5. Tuang topping cream cheese tadi atas kek yang sudah dikeluarkan tadi, pastu bakar balik dalam 15 minit, bergantung pada keluasan dan kelebaran oven memasing. Agak-agak dah kuning keemasan tu masak lah tu.

6. Corak atas tu, tinggalkan sikit adunan coklat tadi, masuk dalam beg plastik air..pastu gunting sikit tang bucu dan paipkan atas cheese tadi.

Resepi Apam Nasi


Bahan-bahan
1 cawan nasi
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan gula perang (gula biasa pun boleh)
1 1/2 cawan air
2 sudu kecil mauripan (yis kering)
kelapa parut (putih ja)
garam halus
pewarna (hijau/kuning/biru)
*minyak utk sapu pada acuan

Cara:
-bland nasi,gula dan air sampai betul2 hancur
-tuang dalam bekas, masukkan tepung beras,tepung gandum dan yis kering
-gaul sebati dan perap selama 2-3 jam
-bahagi kepada 3 bekas dan masukkan pewarna
-panaskan periuk kukus
-kukus dahulu kelapa parut yg digaul sedikit garam (supaya tahan lama..xmudah masam)
-sapukan minyak pada acuan
-tuang adunan dalam acuan
-kukus selama 15-20minit
-sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan
-hidang bersama kelapa parut

Resepi Batik Marrie Cheese




bahan2
  • krim chees 500g
  • susu manis 1 tin 505g
  • biskut marrie
  • chees cheedder

CARA2
pukul sebati krim chees dgn susu manis hngga sebati,lpas tu masukan sdikit dlm acuan ratakan lepas tu susun biskut marrie n lapis lg dgn krim chees sterusnya lakukan smpai hbs..lpas tu parutkan di atas chees cheedder..kemudian simpan dlm peti sejuk...sedap d mkan sejuk2...

Blueberry Cheese Cake


Bahan2:
  • 75g mentega
  • 200g biskut marie, dihancurkan
  • 500g philadelphia cream cheese
  • 397g susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 telur, dipukul
  • zest sebiji buah lemon, diparut halus
  • 150g blueberries (sy guna 125gm je)

Cara2:

1. Cairkan butter dan gaulkan bersama serbuk roti merry. Ratakan dlm acuan. Tekan dan padatkan. Sejukkan selama 20 min. 

2. Panaskan oven pd suhu 170c

3. Pukul cream cheese sampai lembut. Masukkan susu. Pukul lagi sehingga sebati. Masukkan telur satu persatu. Masukkankan lemon zest dan vanilla. Gaul sebati. 

4. Tuangkan adunan cheese ke dlm loyang. Taburkan blueberry cheese ke atas adunan. 

5. Bakar dlm oven bersuhu 170c selama 1 jam. Sejukkan dan boleh dipotong. 

P/s; Gunakan acuan spring foam dan guna teknik water bath supaya permukaan kek cantik. Hiaskan dgn taburan gula aising ikut suka


Pandan Custard Layered Cake


Bahan2 untuk membuat sponge cake pandan:

  • *125 gm tepung gandum
  • * 1 camca teh baking powder (*disatukan dan diayak)
  • 130 gm gula pasir
  • 5 biji telur gred A
  • 75 gm minyak jagung
  • 15 gm ovallete
  • 1 sudu teh pes pandan (klu takde blh ganti dgn 40ml air daun pandan+pewarna hijau)
  • 2 sudu besar susu segar/cair

Bahan custard pandan:
Bahan A
  • 500 ml air pandan(kisar 5 helai daun pandan)
  • 160gm gula kastor
  • 2-3 sudu besar serbuk instant jelly

Bahan B
  • 400ml santan pekat
  • 85gm tepung Heon Kwee hijau
  • 1 sudu teh pewarna hijau epal
  • 1/8 sudu teh garam halus

Cara membuat kek:
1. Satukan semua bahan2 kecuali tepung ke dalam bowl mixer.
2. Pukul hingga kembang dan gebu
3. Bila dah betul2 kembang,perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.Pukul sehingga sebati.
4. Griskan loyang 8 inci dengan marjerin dan alaskan permukaan bawah loyang dengan kertas minyak. Kemudian bakar dalam oven pada suhu 175 celsius selama 30 minit.Bila cake dah masak, biarkan cake betul2 sejuk pada suhu bilik dan baru dipotong 2-3 bahagian.

Cara membuat custard:
1.Satukan semua Bahan A dalam mangkuk dan kacau hingga sebati. Guna whisker or sudu je.
2.Dalam mangkuk lain, satukan Bahan B dan gaul sehingga tidak berketul. Masukkan adunan ni ke dalam adunan A, kacau di atas api sederhana sehingga pekat dan masak hingga mendidih. Angkat dan sejukkan sebentar.
3.Sediakan loyang 9 inci yg boleh di bukak tutup untuk lg senang dan basahkan sedikit. Masukkan lapisan kek yg pertama dan kemudian tuang custard hingga menutupi keliling loyang. Hentakkan sedikit loyang dan tekan2 kek sedikit.
4. Letakkan lapisan kedua dan tuang lagi custard. ulang sehingga habis. Hentakkan lg supaya kek padat. Sejukkan kek selama sejam.
5. Keluarkan kek yg sejuk dan bolehla di hias. Sy letak kelapa kering je.

Selamat mencuba. :)

Siakap bakar berlada


Bahan-bahan



1 ekor ikan siakap.. siang dan gaul bersama garam dan sebuk kunyit..masukkan dalam grill pan..bakar selama 7-8 mint api sederhana..kemudian balikkan grill pan..bakar lbh kurang 5 mnt.

bahan berlada
-1 biji bawang besar
-2-3 ulas bawang putih
-1 senduk cili kisar (cili kering rebus bland bersama belacan)
-1 sudu gula
-garam secukup rasa
-minyak utk menumis
-serai (titik)
-i inci halia (hiris nipis)

  • bland cili kisar,bawang besar dan bawang putih. 
  • tumiskan dalam kuali asing bersama hirisan halia..
  • masukkan serai,gula dan garam..tuang 1/2 shj sambal atas ikan yg sedang dibakar bila ikan dah hampir masak..balik kan pan utk siram 1/2 lg sambal tumis sebelah ikan lagi..biarkan 2-3mint..
  • padamkan api dan hidangkan bersama salad,tomato dan juga sambal kicap (bawang besar dadukan,buah tomato dadukan,kicap manis,perahan limau nipis/kasturi,cili padi hiris nipis).

Udang masak sambal merah bersama tempoyak

Gambar: Udang masak sambal merah + tempoyank
By: Aisyah kem pga bt10 sdkn
FB: Buku Resepi

Bahan:
Bberapa ekor udang yg tlg d bersihkn *
1/2sudu serbuk kunyit*
2 ulas bwg putih yg tlh dtumbuk lumat*
Sedikit garam* 
Minyak utk mgoreng(goreng tohor)
2 ulas bwg merah
2 sudu bsr cili giling
2 cm / sbsr ibu jari belacan
2 sudu tempoyak
Gula, garam dan 1 sudu bsr cukup rasa

Cara mbuat:
-satukn bhn2 yg btanda *, perap dlm 5 ke 10 minit...goreng dlm 3 ke 5 minit.. angkt dan ketepikn
-jika minya tadi ssuai utk menumis truskn guna jika bnyk kurangkn jika sdikit tambahkn...
-tumis bwg, belaca sehingga naik bau dan kperangan...
-masukkn cili giling dan tumis...tambah sdikit air... msk sehingga mdidih...
-masukkn garam, gula, tempoyak dan cukup rasa.....msk lg...dan rasa..
-masukkn udang td dan perlahankn api..gaul dan jika igin rasa blemak masukkn santan dan gaul...xnk letak pun xpe....
-siap utk d hidang........SELAMAT MENCUBA. .....TQ


Bahan:
  • Beberapa ekor udang yang telah di bersihkn *
  • 1/2sudu serbuk kunyit*
  • 2 ulas bwg putih yang telah dtumbuk lumat*
  • Sedikit garam* 
  • Minyak utk mengoreng
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 sudu bsr cili giling
  • 2 cm  belacan
  • 2 sudu tempoyak
  • Gula, garam dan 1 sudu besar cukup rasa

Cara-cara:
  • satukan bahan2 yang bertanda *, perap 5 ke 10 minit...
  • goreng dlm 3 ke 5 minit.. angkt dan toskan
  • jika minyak tadi ssuai utk menumis truskn guna jika bnyk kurangkn jika sdikit tambahkn...
  • tumis bwg, belacan sehingga naik bau dan kperangan...
  • masukkn cili giling dan tumis...tambah sdikit air... msk sehingga mdidih...
  • masukkn garam, gula, tempoyak dan cukup rasa.....msk lg...dan rasa..
  • masukkn udang td dan perlahankn api..gaul dan jika ingin rasa blemak masukkn santan dan gaul...taknak letak pun takpe....
  • siap utk d hidang........SELAMAT MENCUBA. .....
#sedap di makan bersama nasi panas...


Sabtu, 17 Mei 2014

Resepi Sos Chessy Wedges


Bahan-bahan
1. 3 -4 sudu makan butter
2. 250ml susu cair (boleh juga guna susu segar)
3. 1 sudu makan tepung gandum
suku kiub pati ayam
4. 6 keping chesse
5. sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
6. pewarna kuning

cara-cara penyedian :
1. panaskan butter hingga cair
2. masukkan susu
3. masukkan tepung , kacau sentiasa sehingga tepung sebati
4. masukkan chesse , kiub pati ayam dan serbuk lada..
5.masukkan sedikit pewarna
kacau sebati dan siap !
#boleh la di taburkan di atas kentang yg telah di goreng..... urmmm yamyyyy SELAMAT MENCUBA :)

RESEPI CHOCOLATE INDULGENCE CAKE

assalammualaikum u ollz...
sorry lame da x update blog ni.. huhu
hari ni admin nk share sal resepi coklet indulgence febret ramai..



Bahan Kek

2 cwn gula
1 3/4 cwn tepung
1 cwn serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur
1 cwn susu cair
1/2 cwn minyak
2 sudu teh esen vanilla
1 cwn air

Cara
1.Campurkan bahan kering,gaul sebati.
2.Putar telur dan gula hingga kembang.
3.Masukkan susu,air,minyak dan esen vanilla,putar sebati.
4.Masukkan bahan kering tadi gaul sebati.
5.Alas loyang dengan kertas minyak.
6.Sediakan 4 loyang dan tuang adunan sama banyak.
7.Bakar 170'c selama 20 minit setiap loyang.( ikut oven msng2 )
8.Biarkan 10 minit sejuk baru keluarkan dari loyang.
Bahan Mousse Putih
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat putih
1 1/2 cwn whipping cream
Cara
1.Larutkan gelatin bersama air panas,biarkan 5 minit.
2.Cairkan coklat cara double boiler.
3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
4.Putar whipping cream hingga lembut.
5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.
Bahan Black Mousse
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat
1 1/2 cwn whipping cream
Cara
1.Larutkan gelatin bersama air,biarkan 5 minit.
2.Cairkan coklat cara double boiler.
3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
4.Putar whipping cream hingga lembut.
5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.
Bahan Coklat Ganache
1 cwn coklat masakan
1 cwn whipping cream
Cara
1.Cairkan coklat cara double boiler.
2.Putar whipping cream hingga lembut.
3.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.
Cara Melapis
1.Ambil 1 keping kek tuang sedikit white mousse,ratakan.
2.Ambil 1 keping kek lagi tuang pula black mousse,ratakan.
3.Ulang langkah yg same hingga siap.
4.Bila dah siap tuang black mousse pada seluruh badan kek.
5.Akhir sekali curah coklat ganache pada seluruh badan kek.
6.Simpan dalam peti sejuk 15minit.
Jom Share & selamat mencuba semua ya sis ..