Isnin, 26 Mei 2014

RESEPI CHEESE CAKE LELEH





Bahan-bahan
Kek:
100g tepung gandum*
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75g mentega cair
#boleh tambah coklat powder untuk perisa kek coklat

Cara membuat kek:
Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
campurkan ke semua bahan di atas kecuali mentega cair. 
Pukul sampai gebu baru masukkan
mentega cair.Sebatikan.
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.
atau kukus selama 45mnit

Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*campurkan semua bahan di atas hingga sebati,adunan ini memang cair

Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese
di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek.
#siap... simpan didalam peti sejuk selama 4jam, lebih enak dimakan ketika sejuk.... SELAMAT MENCUBA... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan