Selasa, 16 September 2014

RESEPI TART TELUR menyelerakan....





Resepi crust

Bahan-bahan:

1 cawan marjerin
1/2 cawan gula
1 biji telur gred C ( gred A & B pon hentam jelah ye )
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum ( lebih sebenarnya tapi nanti explain okay )

Cara-cara:

1) Putar marjerin dan gula hingga kembang. Nanti warna jadi macam ala-ala putih gitu.
2) Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga kembang.
3) Masukkan 1 cawan tepung dulu pastu putar nagi sebati kejap. Masuk lagi 1 cawan tepung pastu putar lagi sampai sebati aje.
4) Time ni adunan still lembik. Lepas tu boleh tambahkan tepung sikit-sikit dan uli sampai doh tak melekat kat tangan. Kalau still melekat kat tangan, tambah tepung lagi okay. Tapi jangan terlebih tepung sebab nanti adunan jadi keras susah pulak nak tekan-tekan dalam acuan ye. Cukup sekadar adunan tu tak melekat kat jari jemari ye.
5) Lepas tu boleh ambik sikit adunan dan tekan-tekan dalam acuan. Kalau untuk tat telur ni buat tebal sikit takpe crust tu. Kalau nipis sangat cepat lembut tat telur nanti.
6) Bakar suhu 170 darjah selama 15-20 minit atau hingga keperangan. Kalau suka yang rangup boleh tunggu sampai keperangan. Kalau tak suka rangup, dalam 10 minit pon dah boleh kot.
7) Sejukkan dulu crust yang dah masak baru simpan dalam bekas kedap udara. Tupperware bagus. Hee.

So, sekarang cara-cara nak buat filling pulak. Nak bakar tat telur ni ada dua cara. Satu, bakar asing-asing. Bakar crust dulu, kemudian baru letak filling dan bakar balik. Dua, lepas dah tekan-tekan adunan dalam acuan tat pon boleh tuangkan filling dan terus bakar sekali.

Tapi setakat ni, orang lagi suka yang pertama sebab rangup :)

bahan Filing Telur

4 biji telur ( size A @ B )
3/4 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan air kosong
1 sudu esen vanila
Sedikit pewarna kuning ( tak nak pun takpe )

Cara-cara:

1) Campur semua bahan, kacau sebati dan tapis dulu. Wajib tapis okay.
2) Masukkan dalam crust yang tadi. Hati-hati. Jangan terlebih dari crust. Nanti time bakar takut melimpah susah nak tanggal dari loyang. Kalau melekat, guna spatula untuk tolak-tolak tat supaya tak pecah. Jangan paksa tarik sendiri dengan tangan. Nanti sure hancur tat.
3) Bakar suhu 170 darjah selama 18-20 minit. Bergantung pada oven.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan