Selasa, 15 Julai 2014

Resepi Ayam Pandan


bahan untuk di kisar
  • Seinci kunyit,
  • Dua batang serai,
  • Seinci halia,
  • 10 biji lada hitam,
  • Secawan air.
cara-cara


  • Rebus potongan ayam dengan bahan yang telah di blend. Rebus separuh sahaja dengan ayam. Sebahagian lagi simpan.
  • Balut ayam yang telah direbus dengan pandan. Untuk kemasan, cucuk bersama lidi.
  • Kemudian, rendam balutan ayam pandan ke dalam separuh lagi bahan blend yang tinggal. Masukkan sedikit jintan manis, jintan putih dan rempah biji.
  • Kemudian goreng sehingga keemasan.
  • Siap.


Sabtu, 5 Julai 2014

Resepi Maruku Meletop!


bahan

300g tepung pulut
200g tepung kacang kuda/cheak peas
1sudu besar serbuk cili
1/2sudu besar garam halus
60gm marjerin yang dicairkan dan masih panas
2 biji telur
1sudu besar jintan manis** disangrai dahulu/digoreng tanpa minyak
1sudu besar jintan putih** disangarai dahulu
1sdb gula
segenggam udang kering dibersihkan dan kisar halus -
250ml santan cair - air ni boleh letak sikit2 shingga doh menjadi lembut dan tak lekat ditangan..sukatan air ni sesuai
cara21. tumbuk atau kisar jintan manis, jintan putih dan udang kering hingga halus/hancur
2. satukan bahan-bahan kering .. gaul sebati .. masukkan marjerin cair dan telor n santan cair gaul lagi hingga jadi doh lembut doh ni tak lekat kat tangan ..
3. panaskan minyak masak..sebelum pusingkan adunan ramas2 dulu daun kari masuk dlm minyak panas tadi biar bau kari tu melekat pada maruku kita nanti..n pusing adunan .. dah kekuningan boleh angkat ..
selamat mencuba 

Khamis, 3 Julai 2014

RESEPI KUE TEOW KUNGFU...






BAHAN2 A
  • Mee Teow 1 bungkus
  • Telor. 3 biji
  • Minyak masak secukup nya


Bahan2 B
  • Lobak merah
  • Putik jagung
  • Bunga kobis
  • Petai belalang/ lada benggala.
  • {Semua bahan d atas dipotong memanjang.}
  • Bebola ikan 
  • Fish cake
  • { d potong }

Bahan2 C
  • Cili api
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • { bahan atas d tumbuk}
  • Udang besar
  • Ayam rebus nak ambil air nya.
  • Perasa adabi
  • Garam
  • Tepung jagung

Cara2
  1. Pecah telor d gaul kan dengan mee teow tadi sampai sebati.
  2. Mee teow jangan d potong. Ambil satu senduk bulat ramuan tadi kemudian d goreng. Jangan lerai kan mee teow tadi biar jadi seperti telor dadar. Masak sampai kuning api nak perlahan. Kemudian angkat dan ulangi sampai habis adunan. Ok ketepi kan.
  3. Tumis bawang merah dan putih sampai garing
  4. Masukan ayam kemudian lobak/ bunga kobis/ petai belalang/ putik jagung. Masak sampai rangup.
  5. Masukan air rebusan ayam secukup nya.bebola ikan/ fish cake / khailan dan air bancuhan tepung jagung tujuan untuk memekatkan kuah.
  6. Masukan garam / perasa dan akhir sekali udang. Masak sampai pekat dan angkat.

SELAMAT MENCUBA

Selasa, 1 Julai 2014

Resepi Biskut Cornflakes Madu

Biskut Cornflakes Madu


Bahan-Bahan:

  • 5 cawan Cornflakes
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan mentega
  • 1 1/2 sudu besar gula kastor
  • ceri atau taburan manik, untuk hiasan
  • paper cup, secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
  2. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
  3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
  4. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
  5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius

RESEPI BUAH MELAKA @ ONDEY2







Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 - 2 keping gula melaka
  • sehelai daun pandan
  • Pewarna hijau, kuning dan merah ~ sy hanya buat 1 warna jer (hijau)
  • 1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering
  • sedikit garam

Cara memasak :
  • Gula Melaka di potong kiub kecil.
  • Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
  • Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
  • Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
  • Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah.
  • Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
  • Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
  • Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
  • Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
  • Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
  • Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
  • Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!

TIPS
Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
Bagi yang menggunakan kelapa kering, buah melaka lebih sedap di makan selepas 3 jam sebab kelapa dah rasa sebati dgn garam dan lebih lembut.
Boleh juga di bancuh semua tepung kemudian di bahagi 3 dan di warnakan. Cuma cara ini warna doh kurang sekata.
Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya...