Selasa, 11 November 2014

COCONUT SHAKE


Hidangan ini dapat 2 gelas air.
1 gelas air kelapa muda ~ ambil sekali isinya yang muda dan lembut
1 gelas kiub ais
2 scop aiskrim vanilla
2 sudu besar susu pekat manis

Hiasan
Nata de coco secukupnya
1 scop aiskrim vanilla untuk 1 gelas
sedikit choc rice

cara-cara

Sediakan 2 gelas kosong.
Sukatan air hendaklah menggunakan gelas yang sama
Masukkan 1 gelas air kelapa muda dan isinya yang lembut ke dalam blender yang bersih
Masukkan juga 1 gelas kiub ais. ( kiub ais dan air pastikan sama paras supaya mudah di kisar nanti)
masukkan 2 scop aiskrim dan juga 2 sudu susu pekat manis. Susu ni terpulang ikut citarasa, jika tak suka manis kurangkan. Jangan banyak sangat susu ni nanti hilang pula rasa air kelapa tu. jadi susu ni aga-agak selera kita lah ya..
Kemudian kisar semua bahan ni hingga halus
Sementara itu, dalam gelas masukkan nata de coco.
Tuangkan air kelapa yang telah di kisar tadi
Letakkan 1 scop aiskrim dan letakkan lagi nata
Taburkan choc rice sebagai hiasan
Sedia di nikmati..

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL


Bahan-bahan

  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat - sy letak 3/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:

Cara membuat gula hangus , 

masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.

RESEPI AYAM PERCIK


Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam saiz sederhana ( di potong dan dibersihkan )
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 inci kunyit hidup ( dikisar )
  • 1 sudu teh jintan manis ( dikisar )
  • 1 sudu teh jintan putih ( dikisar )
  • 1 sudu makan ketumbar ( dikisar )
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 3 -4 biji buah keras ( dikisar )
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji kelapa diambil 1 liter santan -
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya untuk kuah
  • Minyak masak untuk menumis

Cara Penyediaan
  1. Satukan bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, serai, jintanmanis, jintan putih, biji ketumbar, buah keras dan cili kisar dalam blender kemudian kisar bahan2 hingga hancur.
  2. Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan dan air.
  3.  Masak dan kacau hingga kuah mendidih.
  4. Masukkan sedikit garam, asam gelugur dan gula. Sesuaikan rasanya.
  5. Masukkan ayam yang telah dipotong2 dan dibersihkan tadi kedalam kuah dan masaklah hingga ayam 3/4 masak.
  6. Setelah ayam 3/4 masak keluarkan ayam tadi dan ketepikan.
  7. Sementara itu, kuah ayam tadi dimasak hingga pekat dan diangkat.
  8. Susun ayam tadi di dalam tray, lumurkan dengan kuah tadi dan bakar dalam oven selama 20 – 25 minit.
  9. Balik2kan ayam tadi dan lumur sekali lagi dengan kuah dan bakar selama 20 – 25 minit lagi….
  10. Angkat dan sedia utk dihidangkan.

** ayam boleh juga di bakar di atas arang… tp saya bakar dalam oven utk lebih mudah.


Resepi kek mudah

 

Bahan-bahan

1. Tepung gandum - 250gram
2. Planta - 250gram
3. Telur - 5 biji (gred A/B)
4. Gula - 250gram



Cara2

Blend semua kecuali tepung gandum....dah rata baru masukkan tepung sikit-sikit. Dah sebati boleh bakar dlm suhu sederhana selama 40 minit (selepas 40 minit kalau rasa belum masak boleh cucuk dgn lidi, kalau bancuhan melekat pd lidi masih belum masak sepenuhnya).
P/S : Kalau nak cantik boleh letak pewarna.