Selasa, 14 Oktober 2014

resepi tart telur dan cheese gebu

  

mudah je tau nak buat resepi tart telur gebu mabless ni..

Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
  • 170gm marjerin
  • 50gm gula aising (diayak)
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara : 1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat. 2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh. 4. Masukkan doh dlm peti sejuk lebih kurang 10 min. 5. Kelurkan adunan, ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. 6. Bakar pada suhu 170C sehingga masak.
Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Cream Cheese Filling
Bahan-bahan :
  • 250gm cream cheese
  • 60gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
  • 20g butter

Cara-cara : 1. Putar cream cheese, butter dan gula hingga berkrim. 2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi. 3. Masukkan filling ke dalam kulit tat. 4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling : Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.
Filling Tart Telur
Bahan-bahan:
  • 3biji telur Gred B
  • 259g susu segar
  • 1 camca/tbsp tepung kastard
  • 3/4 cawan gula kastor

Cara-cara: 1. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati. 2. Tapis adunan. 3. Bakar pd suhu 150C hingga masak

Khamis, 9 Oktober 2014

resepi homemade cheese wedges



bahan2 salutan Kentang-

  • 5-6bji kentang
  • 1 1/2Tepung gndum
  • 1 sudu kcil srbuk kunyit
  • 1 sudu kcil rempah kari
  • 1 sudu kcil serbuk lada putih,lada hitam
  • 1 bji telur
  • Air
Cara2 nya-
Kentang di buang kulit, cuci,dn potong kntang mcm kntang kfc tu dn rebus hgga empuk jgn msak sgt kntang nye.
Ltak kn garam.dh empuk blh tos kan
Lupe plk..hihihi
Kentang rebus tdi dh di tos kn bg sejuk sedikit.
Sementara tu satu kan bahan tdi tepung gndum,serbuk lada sulah,serbuk kari,serbuk kunyit n lada hitam dan gaul rata.kemudian msuk kn air agak2 je air nye jgn lmbik sgt tepung tdi.kemudian msuk kn telur
Gaul rata.bila kentang dh sejuk2 suam blh msuk kn dlm bncuhan tepung td dn goreng.siap.
Sos cheese wedges-

  • 2 sudu besar mentega
  • 2cwn susu cair
  • 1 sudu kcil serbuk lada putih
  • 1 kiub ayam
  • 6-7 keping cheese
  • Pewarna kuning

cara-cara
Cair kn mentega,api kecil.
Kmudian msukkan susu cair dn gaul rata.msuk kn serbuk lada sulah,kiub ayam dn gaul lgi.
Msuk kn cheese dn gaul lg smpai cheese sudah cair dn msuk kn pewrna kuning sedikit.x yah tggu smpai mendidih.siap