Ahad, 29 Jun 2014

RESEPI AIR KATIRA..






Bahan-Bahan :
1500 ml air 
1 tin susu cair
2 cawan gula - boleh tambah lagi, ikut kemanisan masing2
4 sudu besar pewarna berperisa pandan - jenama Double Lion (ingat cari jenama nie jer baru kaw rasanya)
1 peket getah anggur (khatira) - boleh beli di kedai India
1 peket kembang semangkuk - boleh beli di kedai sensai
1 peket biji selasih

Cara-cara :
1. Rendamkan getah anggur, biji selasih dan kembang semangkuk dalam bekas berasingan. Rendam guna air panas.
2. Bila dah kembang, toskan dan cuci semula bahan2 tersebut menggunakan air masak. Toskan sekali lagi.
3. Bancuhkan gula bersama sedikit air panas.
4. Campurkan air, susu cair dan air gula. Kacau sebati.
5. Masukkan getah anggur, biji selasih dan kembang semangkuk. Kacau sebati.
6. Hidangkan bersama-sama ais batu.

Khamis, 26 Jun 2014

Semperit susu


bahan-bahan
  • 250g butter
  • 1/2 tin susu pekat F& N
  • 600g tpg jagung
  • Asen vanilla


cara-cara
  • Mix susu dan butter
  • Masukkn asen vnila & tepung sikit2
  • Dah jd doh terap la..
Selamat mcuba ..

Ahad, 8 Jun 2014

RESEPI POPIA NESTUM+HORLICKS

Bahan-bahan

  • 2 peket kulit popia
  • 200 gram Horlicks Original 
  • 200 gram Nestum
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 biji telur - kacau (nak kasi lekat kulit popia)


Cara- Cara

  • leraikan kulit popia
  • Gulung kulit popia- boleh guna straw untuk menggulung
  • Hujung gulungan tu, sapu telur
  • gunting secara menyerong-mengikut saiz yang diingini
  • panaskan minyak-pastikan minyak betol2 panas
  • Goreng sampai popia tu kaler kuning emas
  • Angkat & toskan
  • campur nestum, horlicks & gula halus dalam satu bekas.
  • Agak2 minyak dah tos or popia tu dah kurang berminyak-masukkan didalam campuran nestum td, kemudian gaul
  • simpan dalam bekas kedap udara