Khamis, 26 September 2019

SAMBAL KACANG IKAN BILIS PEDAS MANIS

Resipi

  • 500gram kacang (goreng garing)
  • 100gram ikan bilis (goreng garing)


Blend halus
  • Cili kering segenggam rebus lembut(buang biji)
  • Bawang merah kecil 5 biji
  • Bawang putih 2


cara-cara

  1. Tumis semua bahan blend dengan minyak yg banyak sampai naik minyak, 
  2. masuk garam, gula, aji dan masak sampai sambal gelap dan berkilat. 
  3. Gula kena lebihkan untuk dpt kilat dan manis pedas. 
  4. Sejukkan sambal, kacang, ikan bilis baru gaulkan supaya kekal rangup dan lazat

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, makanan

TEH TARIK SEDAP

Resepi    (agak2 tau,jgn takut buh lebih sampai dapat rasa kaw yg diingini)
.
  • Air dlm 3liter
  • Serbuk teh 5sudu besar
  • Uncang teh 5 (guna cap 888serbuk wangi)
  • Susu pekat 3tin
  • Susu cair 1 tin
  • Garam halus 1sudu kecik (jangan dibubuh sekilo pulak..hehe)

Cara-cara
  1. Panaskan air sampai gelegak,
  2. bubuh teh dan kacau 
  3. biar 5 minit.
  4. masukkan semua susu dan garam..
  5. kacau lg dan biar masak dlm 5minit..ok sambil tu rasa lah ada yang tak cukup tambah lagi sampai dapat rasa yg diingini..

siapp... 😍

Imej mungkin mengandungi: minumTiada penerangan foto disediakan.

Selasa, 24 September 2019

Aiskrim Magnum Strawberry


Bahan A (aiskrim vanilla)


  • Susu cair 1 tin
  • Susu pekat 1/2 cawan
  • Ovalette 1 sudu
  • Esen vanilla
  • Tepung jagung 1 sudu


Bahan B


Topping
  • Coklat masakan strawberry (double boil )


Cara-cara


  1. Blendkan semua bahan A
  2. masukkan toping coklat strawberry ratakan
  3. masukkan aiskrim vanilla
  4. simpul masukkan kedalam freezer


P/s blendkan dahulu aiskrim vanilla..  baru double boil kan coklat masakan.. untuk elakkan dari coklat beku
** saya masukkan toping guna sudu jer..😊
Imej mungkin mengandungi: minum dan makanan

Ahad, 22 September 2019

assalammualaikum... hye2.......

haluuuuu haluuuuuu haluuuuuuuu hyeee..... suda lama kita tidak bersua ya teman2... maaf lame menyepi... banyak kekangan yg menyebakan lame x bersua... hihihkini ku sudah kembali dgn pelbagai resepi akan menyusul.. nantikan ye........ :)